Penawanan Algiers Penawanan Algiers (1516)

Pada tahun 1516, amir di Algiers, Sālim al-Tūmī, menjemput adik-beradik Oruç dan Hayreddin Barbarossa untuk menghalau keluar Sepanyol. Oruç, dengan bantuan tentera Uthmaniyyah,[1] datang ke Algiers, memerintah agar Sālim dibunuh, kerana Salim telah bersubahat dengan Sepanyol untuk menghapuskan lanun dan Arudj[3]. Moors telah membawa kejayaan besar kepada Arudj[4].

Beliau kemudian merampas bandar ini. Ekspedisi Sepanyol yang dihantar untuk menawan semula kota ini, kali pertama pada tahun 1516 di bawah arahan Don Diego de Vera, dan kemudian pada tahun 1519 di bawah arahan Don Ugo de Moncada, yang mana kedua-duanya berakhir dengan kegagalan.[2]

Hayreddin mengantikan Oruç selepas kematian beliau dalam pertempuran melawan Sepanyol semasa kejatuhan Tlemcen (1517), selain mewarisi nama gelaran beliau "Barbarossa". Penawanan Algiers pada tahun 1516 berjaya dengan bantuan daripada Sultan Uthamniyyah, Selim I. Bantuan ini dihentikan selepas kematian Sultan Selim pada tahun 1520, menyebabkan Barbarossa kehilangan kota kepada ketua puak kabyle tempatan pada tahun 1524,[2] dan berundur ke kubu beliau di Djidjelli.[5]

Berkaitan